Category 1

Jom Kongsi Cerita!

Sedikit pengenalan mengenai KOMUNITIPELAJARSEKOLAH.

Budak Manga

Senarai Manga Popular yang telah ditukarkan kepada bahasa Melayu, Jom Baca!

Tips

Selidik latar belakang universiti sebelum membuat pilihan. Anda ada banyak pilhan!

Mitos

Kehidupan di Universiti lebih santai daripada kehidupan di sekolah.

Fakta

Anda perlukan 100% komitmen + 100%kesungguhan + 100%keazaman + 100%tuah dan + tawakkal untuk berjaya. =)

Ahad, 8 Julai 2012

Bachelor in Urban & Regional Planning

Nama : identiti dirahsiakan


Tahun Pengajian : 4tahun


Nama Institut Pengajian : UM


Nama Kursus Pengajian : Bachelor in Urban & Regional Planning


Cerita :  1. program perancangan bandar ni merupkan course dlm fakulti alam bina. fakulti alam bina juga dikira baru didalam UM. bukan sahaja fakulti, bangunan dan fasiliti semuanya baru memandangkan sebelum ini berkongsi dgn bangunan kejuruteraan. Courre ni jugak adalah yg paling baru di dlm fakulti Alam Bina UM. (sebelum ini berada di fakulti Sains Sosial).


2. Core subject adalah subject studio yg mana mengambil 6 kredit hour. dekat course ni boleh ckp semua ada: law, math, design,etc etc.) yg bestnya, final paper tak banyak. cuma kerja studio tu agak byk sbb studio tak de final paper. ( assigment and last project adalah markah final). subject lain tu adalah termasuklah subjek universiti. Tenaga pengajar juga tak ramai sbb course masih baru. Jgn pelik sorang lecture ajar 2 3 subjek satu sem. Dan, sebahagian lecture berada di alam bina manakal sebahagian lagi di Fakulti Sains Sosial memandangkan adala lg final year student course ni kat sana. adalah sikit perbezaan subjek dgn mereka. tak slah, mereka takde studio. oh sebelum lupa, jgn terkejut kalau ramai drpd intake2 UM adalah budak PASUM or PABUM. diploma, poli, matric tak seramai mereka. tp takpe, pandai2la berkawan dan cari kawan.


3. pakaian? pakailah apa yg nk dipakai :) tak salah, IPT awam UM la plg longgar. yg penting, bersesuaian dan tak terlalu menjolok mata. Takde dress code lansung, so bebas la nk pakai jeans ke tshirt ke dari isnin smpai la jumaat. dalam studio selalunya lecturere kan tegur suruh pakai kasut bertutup. thats all.cuma, kadang2 ada jugak kena ikut protokol mcm ada profesoor luar dtg ke, ada presentation ke pakaila smart2.plus, pemakaian coat berserta high heel bg ladies amat digalakkan. utk pengetahuan, fakulti ni jugak la budak2 dia agak pandai dress up :)


4. pengangkutan? ada je bas ke fakulti cuma perlu jalan kaki sikit la. tp student yg ada kad bes je boleh naik. kad bas,bukan kad matric. its two different thing. for your info, first & 2nd year student DILARANG bawak kereta dalam UM.plus, 1st year student wajib menginap hostel mcm mana pun. tapi as I mention earlier, subject studio require lots of time, so mungkin akan balik 2 3 pagi. berjalanla kalau sanggup. kalau nk bwk transport jugak, pandai2 sendirikla ye :) nak ke bandar? UM di tengah KL yaww. jgn risau, bas city liner kke Stesen U ada, Rapid ada, LRT ada, tak pun taxi every hour lalu. xsusah.sedia duit je.


5. semua fakulti ada sediakan kafe. Kolej pun ada sediakan kafe. malay ada, western ada, arab ada, Iranian ada, cuma pandai2 la cari kalau nk yg sedap. kalau demand lebih, pergi Mid Vallley,(dlm 5 minit je pon kalau tak jammed), makanla ape korang nak. tak kebulur tak kat sini.


6. tips belajar? belajarlah! korang dah belajar dari pra sekolah so dah faham sgt kan teknik pe benda alah tu. oh, anugerah DEAN bukan 3.5 utk alam bina, tp 3.7. study smart :)


7. lain2 maklumat: since UM ditengah bandar, pandai2 jaga diri. main gate 24 hours open for all. so berhati hati. jaga keselamatan diri anda, hargai nyawa anda dan INGAT! diri anda begitu berharga, ingatlah orang2 yg tersayang. :) *peace*


Tips :  dah mention tadi kan, shuttle bus( city liner) ada (bermual dari A-E: different route), rapid KL ada, taxi ada, stesyen LRT terdekat adalah stesen U :)




©2012, copyright KOMUNITI PELAJAR SEKOLAH

Selasa, 12 Jun 2012

UUM

Nama : ABDUL AZIM BIN MANSOR

Tahun Pengajian : 4 tahun

Nama Institut Pengajian : UUM

Nama Kursus Pengajian : PROGRAM IJAZAH MUDA SAINS PENGURUSAN PERNIAGAAN TANI

Cerita : TEMpat makan ' makanan amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar universiti dalam menjalankan aktiviti harian maka memilih makanan yang baik adalah merupakan suatu faktor penting dalam prestasi seorang mahasiswa'-azim

Kalo nak tempat makan yang bes aku tau ,
nasi kerabu - ade satu pakcik nih jual nasi kerabu yang bes kat uum , dia currently kat dpp Tnb x silap. antara ang bes nasi kerabu dia sebab ayam goreng dia dan kuantiti nasi yang bnyak :) . harga dalam 3.00 ke 3.50 , bilangan terhad so pandai2x laaa:)

nasi lemak - bnyak dijual pada waktu mlm , di dpp-dpp ade menjual nyer . yang menjual nyer suka menjerit nasi leamak nasi lemak ayam , maka dengar suara itu bole lah mendapat perhatian tok membeli. menurut tokey nyer nasi lemak dijual di yab , tnb , proton . harga 1,50 hingga 1.30 :)

nasi tomato- aku panggil nasi tomat , berada di kawasan muamalat , memang dia jual nasi tomato , harga bole laa, ayam 2,50 kire bole aaa tu , dan tarikan mmng ayam goreng . bagi aku , aku suka lauk kacang pnjang campur ayam or daging , ummm:)

Nasihat : bagi penminjam ptptn pandai-pandai la jimat , kerana hampir di kira-kira dalam 60-80% duit tersebut penting untuk membeli makanan :)

kat uum lebih spesifik kat dengan varsity mall , ade nme siswa save , mmng situ kalo bebelanja mmng bagus la:)

nak jimat makan bawak rice cooker ke uum , nih tapi ader risiko
1. ader kemungkinan rice cooker penyebab blackout , plik sebenarnya mcm alat penggera untuk yang kedua nih
2, universiti security popular dengan gelaran uk datang check kalo ader black out , check sape ader rice cooker
so pndai2x nyorok rice cooker tersebut , chow



©2012, copyright KOMUNITI PELAJAR SEKOLAH

Selasa, 31 Januari 2012

UUM,statistik industri

Nama : lol

Tahun Pengajian : 3 tahun

Nama Institut Pengajian : UUM

Nama Kursus Pengajian : statistik industri 

Cerita : Antara yang perlu anda tahu mengenai UUM :

1. Terletak di sintok,Kedah. Bukan di Perlis.
2. Pakaian formal. Baju kemeja + Tali leher , atau baju korporat. Jangan harap nak pergi kuliah / exam pakai seluar jeans atau selipar. Kalau nasib baik, terlepas; (biasanya dah senior boleh la =p )
3. Korang disediakan kolej ( kat sini dipanggil Dewan penginapan pelajar,DPP). Tadi istilah kena duduk sendiri. Lain la kalo dah gatal nak gi sewa rumah.
4. Jangan terkejut lak, universiti dalam hutan/taman. ada Beruk,kadang2 serangga. p/s : ambil peluang ini untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan.
5. Keadaan sekeliling : SUNYI. Sangat sesuai untuk study.
6. Bandar paling dekat,changlun. Kat sini ada shopping complex. Lebih kurang cam GIANT. Ada kedai jual barang sukan, cermin mata, bengkel motor,kereta dan sebagainya,. Kalo bab makanan lak, ada KFC, ada KOPITIAM, MARRYBRWON, kedai mamak 24 jam. Anggaran perjalanan dari UUM ke pekan changlun sintok lebih kurang 7 minit.
7. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan harga makanan yang disediakan murah. Nanti kena cari la sendiri cafe mane yang murah dan sedap. 
8. Nak balik?. Senang je, bila dah nak dekat cuti, mesti ada iklan offer tiket dari dalam UUM atau korang leh g changlun, cari stesen bus, tempah awal2. Jangan tangguhkan, nanti takda tiket lak. *bagi mereka yang nak balik selatan, kalo xda tiket bus direct dari sintok, korang leh g butterworth, beli tiket ke selatan dari sane. =)
9. Korang leh pilih sendiri berapa banyak subjek korang nak, and boleh pilih waktu belajar korang. tapi, biasannya, sem 1 diorang da tentukan jadual korang, sem 2 la korang pilih ye.
10. tahun 2011-2012 xda lagi kelas malam. xtw la akan datang cmne.
11. macam mane nak pergi kelas? Bas akan disediakan di setiap DPP. bas nak pergi bandar sintok pun ada. Korang perlu update waktu perjalanan je. Dan, ada juga bas dari luar ( contoh, MARA LiNEAR) masuk ke dalam, Lalu tiap DPP pastu g pekan changlun,jitra pastu alor setar.

Antara perkara yang ada perlu tahu mengenai STATISTIK INDUSTRI :

1. kumpulan minoriti dalam UUM
2. berteraskan matematik. Jangan risau,ada cam matematik tambahan tapi banyak yang macam matematik biasa.
3. seimbangkan la jadual korang dengan sebaiknya, kalo bole,jangan la letak banyak sangat subjek matematik dalam 1 sem, leh jadi gila.
4. antara subjek yang diambil dalam jurusan ni, HUMAN RESOURCE,KALKULUS, STATISTIK ( nama jurusan pun lebih kurang ).
5. Dinasihatkan bawa buku rujukan matematik yang digunakan dalam martikulasi dan PRA-U.
6. Kalkulator main peranan besar.
7. boleh pilih minor antara : Logistik dan Manufacturing.*leh tanya lecturer dalam soal jawab. pilih minor pada sem 3/4 nanti. relax. =)
8. Kerjaya akan datang? .. dont worry, it worth it *tanya lect kalo nak lagi kepastian

Tips :
 1. Assigment kena siapkan ikut masa.
2. Jangan asyik keluar je, bazir masa. Sekali sekala ok gak,
3. Seimbangkan masa belajar dengan beriadah.
4. Jangan ponteng ok! boleh effect pointer.
5. Enjoy masa kat sana orait.

* korang ada peluang untuk tukar kursus. dengan syarat belajar 1 tahun kursus itu dulu. =)


©2012, copyright KOMUNITI PELAJAR SEKOLAH

Akademi Laut Malaysia, Diploma In Nautical Studies

Oleh: MSA

Tahun Pengajian :2009 (1st year)

Cerita : Akademi Laut Malaysia juga dikenali sebagai ALAM bertempat di Kuala Sungai Baru ,Melaka.
Pekan terdekat - Masjid tanah ( 45min dari ALAM - bus awam)
Cara Pengajian - Approx 4 tahun 
1st year - Study basic nautical di ALAM ( 2 semsester)
2nd year - Practical di atas kapal (2 kapal - 6 bulan sekapal - 16bulan mase diberi untuk pratikal)
Final year - Final year studies di alam
After that exam oral

©2012, copyright KOMUNITI PELAJAR SEKOLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...